Langkau ke kandungan

ASASBAB 1/28 MINIT

Kenal Claude

Masalah: anda dah dengar pasal AI, tapi tak tahu nak mula di mana, dan risau pasal data.

Hasil bab ni: akaun Claude siap, tetapan asas dibuat, dan anda tahu apa yang boleh dan tak boleh dimasukkan.

  1. Buka claude.ai atau muat turun app Claude (iOS, Android, desktop).
  2. Daftar dengan email atau akaun Google. Plan percuma cukup untuk mula; ada had penggunaan, jadi kalau sampai had, tunggu sekejap.
  3. Pergi ke Settings → Profile dan beritahu Claude siapa anda. Contoh di bawah.
  4. Pergi ke Settings → Privacy dan pilih sama ada chat anda boleh digunakan untuk tambah baik model. Pilihan anda, tapi tahu di mana tetapannya.
Saya [pelajar Diploma Perakaunan tahun 2 / admin HR di syarikat logistik]
di Malaysia. Terangkan dalam BM mudah, campur istilah English bila perlu.
Ringkas, guna bullet points.

Data: lampu hijau, kuning, merah

Bahagian “Data: lampu hijau, kuning, merah”
Contoh Tindakan
🟢 Hijau Nota kuliah, draf email umum, idea caption Guna terus
🟡 Kuning Minit mesyuarat dalaman, sebut harga, data jualan Tukar nama jadi “Pelanggan A”, buang angka sensitif
🔴 Merah IC, akaun bank, gaji individu, rekod perubatan Jangan masukkan

Coachin is independent and not affiliated with Anthropic. Claude is a trademark of Anthropic.